MENGENAI KAMI

Jom ketahui serba sedikit mengenai kami.
Siapa Kami ..

Serba Sedikit Mengenai Islamic Medic Sdn Bhd

Islamic Medic (ISME) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang membantu para pelajar bagi mencapai impian mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Ulul Islamiah di Mesir. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan proses permohonan dan persediaan para pelajar ke universiti-universiti di Mesir seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Zagaziq, Universiti Mansoura dan Universiti Iskandariah.

Tulang Belakang ..

Pengasas Islamic Medic
Sdn Bhd

Mohd Azali Bin Harun ialah seorang yang komited dan berpengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau pernah menjadi guru, pengerusi PIBG di beberapa sekolah di W.P. Kuala Lumpur dan Pengarah Operasi Yayasan Generasi Gemilang W.P. Kuala Lumpur, badan sukarela yang telah berjaya menempatkan para pelajar di beberapa universiti terkemuka di Mesir.
Selaku bekas pegawai polis yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, beliau sangat mengambil berat tentang prosedur penempatan, keselamatan dan kebajikan para pelajar. Sikap peramah dan kebapaan beliau amat disenangi oleh orang sekeliling terutamanya pelajar dan ibubapa.

Lihat Lagi Cerita Kami Disini